PALEOLITIK DI ASIA TENGGARA....
FORMASI SOLO
Manusia Solo (Homo erectus soloensis) adalah subspesies Homo erectus, yang dikenal pasti berdasarkan bukti fosil yang ditemui antara 1931 dan 1933 oleh Gustav Heinrich Ralph von Koenigswald, dari tapak di sepanjang Sungai Solo, di pulau Jawa, bertarikh kepada antara 550,000 dan 143,000 tahun. Ia adalah varian akhir H. erectus, bertarikh selepas 550,000 tahun yang lalu, bertindih dengan Homo heidelbergensis dan mungkin dengan awal Homo sapiens. Walaupun morfologinya, sebahagian besarnya, khas Homo erectus, keupayaan saraf craniumnya adalah 1,013-1,251 cm³ meletakkannya di kalangan wakil-wakil spesiesnya yang lebih besar. Disebabkan alat-alat fosil dan ciri-ciri anatomi mereka lebih banyak, Solo Man pertama kali akhirnya telah diklasifikasikan sebagai subspesies Homo sapiens (digelar Homo sapiens soloensis) dan lama dianggap sebagai nenek moyang orang Australia-Melanesia moden.
FORMASI NGANDONG
September 1931 dan November 1933, Suruhanjaya Geologi
Belanda mengadakan penggalian di teres atas (20 meter teres) di Sungai Solo
berhampiran Ngandong, Jawa (Santa Luca 1980). Penggalian ini telah berjaya menemui
sampel fauna yang besar, termasuk kubah tengkorak 11 orang hominin. Kebanyakan
tengkorak yang dikumpulkan ketika itu masih belum dapat dijelaskan faktanya
dengan tepat. Walau bagaimanapun, maklumat lainnya telah dikenalpasti dan
direkodkan di situ. Umur geologi crematorium Ngandong masih tidak menentu,
dengan tarikh mulai dari Pleistocene pertengahan hingga akhir. Pada mulanya
dikelaskan kepada satu spesies baru
iaitu Homo soloensis oleh Oppenoorth (1932). Turut ditemukan peralatan batu yang dibuat hasil daripada
perkembangan budaya manusia paleolitik antaranya alatan yang diperbuat daripada
batu dan tanduk haiwan tetapi peralatan ini tidaklah ditemukan bersama tengkorak
Homo Soloensis
APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN HUXLEY LINES ??
Garisan yang
dikenali sebagai garisan Huxley’s (Huxley’s line) adalah penanda sempadan biogeografi kawasan kepulauan
Filipina dan Wallacea dengan kawasan Sunda yang dipisahkan oleh lautan (Allen, 1991). Oleh kerana
tingkah laku manusia dipengaruhi oleh ekologi kawasan (Jeffrey,
2015) maka pembahagian tapak-tapak Paleolitik disusun mengikut kepada pembahagian biogeografi
2015) maka pembahagian tapak-tapak Paleolitik disusun mengikut kepada pembahagian biogeografi
PENTAS SUNDA DAN PENTAS SAHUL ??
Pentas
Sahul adalah sebahagian daripada pentas benua Sahul
(pentas benua Australia-New Guinea), dan ia terletak berhampiran dengan
pantai Australia. Pentas Sahul sebenarnya bermula dari barat laut
Australia melalui bawah Laut Timor sehingga ke arah pulau Timor,
berakhir di mana dasar laut menurun ke dalam palung Timor. Sebahagian lain
dari Pentas Sahul dikenali juga sebagai Pentas Arafura, iaitu yang membentang
dari pantai utara Australia di bawah Laut Arafura sehingga ke
pulau New Guinea. Kepulauan Aru wujud di atas Pentas Arafura
ini.
Pentas
Sunda merupakan pentas tentonik di mana
terletaknya sebahagian besar di rantau Asia Tenggara. Ia juga pernah
dianggap sebagai sebahagian daripada Eurasia, tetapi ukuran GPS
akhirnya telah mengesahkan bahawa pergerakan bebasnya pada kadar 10
mm/tahun ke timur berbanding Eurasia. Kawasan ini mencakupi kawasan Laut China Selatan dan Laut Andaman
manakala bahagian selatan, negara Thailand dan Vietnam, Malaysia,
pulau-pulau Borneo, Sumatera, Jawa dan sebahagian Sulawesi di
Indonesia, termasuklah barat daya kepulauan Filipina, kepulauan Palawan dan
Archipelago Sulu.
Pentas
Sunda mengarah ke timur oleh Lengkungan Gerak Filipina, Zon Perlanggaran Laut
Molucca, Pentas Laut Molucca, Pentas laut Banda dan Pentas Timor, keselatan dan
barat oleh Australia, dan keutara oleh Burma, Eurasian dan Yangtze.
Sempadan
timur, selatan dan barat Pentas Sunda adalah kawasan yang agak bahaya dan aktif
secara alami. Hanya sempadan utara agak tenang hal ini dikatakan demikian
kerana di Pentas Sunda sering terjadinya kejadian banjir, gempa bumi dan
letusan gunung berapi. Keadaan ini akhirnya menyebabkan ramai penduduk mula
berpindah ke kawasan lain.
Menurut
Profesor Stephen Oppenheimer majoriti bangsa Melayu di Asia Tenggara berasal
daripada Pentas Sunda yang terdiri daripada pelbagai geografi yang berbeza dan
dikatakan Pentas Sunda mengalami beberapa kali banjir bermula 25,000-21,000
tahun dahulu.
JENIS-JENIS MANUSIA YANG DI JUMPAI DI ASIA TENGGARA
HOMO
WAJAKENSIS
Teori
manusia kera telah diperkenalkan oleh Charles Darwin seorang naturalist
Inggeris yang popular dengan bukunya bertajuk The Origin of Species. Darwin
menyatakan manusia telah berevolusi daripada manusia kera sehingga mencapai
kepada tahap manusia pada masa kini. Bagi Darwin, semua jenis haiwan berasal
dari amoeba, iaitu sejenis haiwan yang mempunyai satu sel. Sama ada teori
ini benar atau tidak ianya bergantung kepada individu itu sendiri untuk
menerimanya atau sebaliknya.
Manusia
paling tua dijumpai di Jawa berbentuk fosil atau rangka. Rangka yang dijumpai
hanya sebahagian sahaja dan tidak lengkap. Fosil manusia pertama yang ditemui
adalah Homo Wajakensis dan telah ditemui oleh Van Reicshotten
pada tahun 1889 di daerah Wajak, Tulung agung, Jawa Timur. Kemudian Reicshotten
telah mengirim sebuah tengkorak kepada Eugene Dubois untuk tujuan Eugene Dubois
meneliti dan mengkajinya.
Analisis
terhadap fosil ini telah memasukkan Homo Wajakensis dalam
kumpulan Homo Sapiens dimana ia dikatakan mempunyai ciri moden
dan fikiranya lebih maju berbanding dengan manusia sebelumnya. Manusia ini
turut dikatakan boleh berjalan tegak. Dikatakan tengkoraknya besar dengan
komposisi otak 1530cc dan tingginya dianggarkan antara 130 – 210 cm.
Beratnya boleh mencapai sehingga 150 kg. Homo Wajakensis memiliki
banyak persamaan dengan suku asli di Australia yang merupakan sebahagian
daripada ras austroloid. Manusia ini hidup sekitar 40 000-25 000 tahun yang
dahulu.
Pada
sekitar tahun ini, Von Koeningswald dan Weindeirich telah membuat kajian diPada
sekitar tahun ini, Von Koeningswald dan Weindeirich telah membuat kajian di
Kampung Ngangdung, Sungai Bengawan Solo. Mereka telah menjumpai rangka manusia
yang dikenali sebagai Homo Soloensis. Homo Solensis juga
dikenali sebagai manusia kera dari Solo. Manusia ini hidup semasa zaman
Plestosen akhir. Mereka hidup secara berburu. Pada tahun 1931 telah ditemui 4
buah tengkorak milik perempuan yang berumur sekitar 35-40 tahun. Pada tahun
berikutnya ditemukan lagi 4 buah tengkorak dan tulang kering. Menariknya
tengkorak yang ditemui merupakan tengkorak manusia yang terpanjang .
Rangka
yang ditemui tidak mempunyai tulang rahang dan gigi. Ciri-ciri manusia ini
melepasi tahap ciri-ciri oleh Pithencropus. Mempunyai kapisiti otak 1350 cc
dimana lebih tinggi berbanding Pithencropus Erectus. Ketinggiannya
sekitar 165 cm serta mempunyai kening yang tebal dan memnonjol. Mulutya turut
menonjol ke hadapan. Homo Soloensismempunyai muka dan hidung yang
lebar. Hasil penyelidikan tersebut, Homo Soloensis dikatakan
telah hidup sekitar antara 900 000 dan 300 000 tahun yang lalu. Kemungkinan
besar manusia Solo ini telah berkembang daripada Pinthencropus
Modjokertensis sejak permulaan lapisan pleistosen tengah.
HOMO FLOROSENSIS
Liang
Bua merupakan sebuah gua yang terletak di daerah Flores, Indonesia. Di kawasan
ini telah ditemui rangkaHomo Florosiensis oleh Peter Brown pada
tahun 2003. Beliau menjumpai rangka milik wanita yang dianggarkan berusia
18,000 tahun dahulu. Umur manusia tersebut dianggarkan
antara 25-30 tahun, ketinggian hanya mencapai sehingga 106 cm dan mempunyai
tulang kaki dan tangan yang kekar. Manusia yang ditemui ini digelar
sebagai Hobbit. Manusia ini dikatakan telah mendiami Flores
sejak 13 000-95 000 tahun dahulu.
Pada
tahun 2004, di tapak yang sama telah ditemui lagi 30 rangka milik manusia Homo
florosiensis. Manusia kerdil ini mempunyai
ketinggian sekitar tiga kaki dan berat 55 paun. Dapat dilihat perbezaan tinggi
dan berat antara manusia biasa dengan manusia Homofloriensis menunjukkan
manusia ini mempunyai ciri-ciri yang unik untuk dikaji. Selain itu juga,
manusia ini mempunyai dahi yang landau,kening menonjol dan mempunyai geraham
yang sama dengan Pinthencropus Erectus. Kapasiti otaknya dikatakan
lebih rendah daripada Chimpanzee.
Antara
faktor yang menyebabkan manusia di Flores ini berbadan kecil kerana mereka
mempunyai penyakitMicrocephaly. Penghidap penyakit Microcephaly mempunyai
kondisi otak yang lebih kecil daripada manusia normal kerana otak mereka
mengecut. Microcephaly disebabkan oleh faktor genetik
meyebabkan badan manusia Flores lebih kecil berbanding manuasia normal.
Selain
itu, faktor keadaan geografi Flores yang terasing menyebabkan manusia ini
beradan kecil. Sumber makanan yang kurang mengakibatkan kekurangan sumber
protein. Sumber protein amat penting bagi petumbesaran badan manusia.
Disebabkan, sumber protein yang terhad tumbuhsran manusia Homoflorosiensis
terbantut. Gajah pada zaman tersebut dikatakan hanya sebesar saiz kerbau
sahaja. Manusia Homoflorosiensis hidup secara berkelompok dan
mengamalkan perburuan.
Antara
tahun 1950-1960, Theoder Verhoeven seorang paderi dari Belanda telah menemui
tanda-tanda kewujudan awal dan artifak batu berhampiran dengan fosil gajah yang
sudah berusia 750 000 tahun di Liang Toge sekitar 30 KM dari Gua Liang Bua. Dia
berhasil menemukan 7 rangka manusia serta artifak seperti serpih, tembikar dan
tulang-tulang binatang. Ini membuktikan telah wujud manusia awal di kawasan
tersebut. Manusia yang ditemui ini digelar Protonegrito
Florensisdi.
DI SEMENAJUNG MALAYSIA
Perak Man merupakan rangka
manusia paling tertua yang ditemui di Malaysia. Ia dinamakan Perak Man kerana
rangka tersebut ditemui di sebuah gua yang terletak di Perak. Rangka ini
ditemui pada tahun 1991 hasil dari Pusat Penyelidikan USM yang diketuai oleh
Datuk Prof Zuraina Majid. Rangka ini ditemui di dalam Gua Gunung Runtuh, Lembah
Lenggong, Perak. Rangka tersebut dikatakan sudah berusia 10 000 tahun yang
hidup pada zaman batu Paleolitik. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi
kedua kakinya berlipat ke arah dada dan tanggan kananya berada di bahagian bahu
kanan. Kajian yang dibuat oleh Teuku Jacob terhadap rangka ini mengatakan ia
milik seorang lelaki.
Di
Gua Cha, Kelantan telah ditemui rangka manusia Hoanbihian. Di sini telah
ditemui lebih 45 rangka manusia. Kajian ekskavasi dijalankan oleh arkeologis
British bernama Gale Sieveking pada tahun 1954. Dikatakan manusia awal di sini
merupakan moyang kepada penduduk Orang Asli dan orang Malenesia Kuno. Sieveking
telah menemukan 14 rangka manusia Hoanbinhian yang ditanam secara melunjur.
Selain
itu turut dijumpai rangka manusia di Gua Niah, Sarawak. Kajian dijalankan pada
tahun 1958 yang diketuai oleh Tom Harrisson dan isterinya Barbara Harrison. Mereka
telah menjumpai sebuah tengkorak yang dianggarkan telah berusia 40 000 tahun
dan merupakan tengkorak manusia moden paling awal di Asia Tenggara yang hidup
pada zaman Paleolitik. Analisis yang dilakukan oleh Brothwell pada tahun 1960
menyatakan tengkorak tersebut milik orang yang masih muda dalan anggaran usia
15 tahun. Penemuan rangka ini telah membuktikan wujudnya manusia
awal di Malaysia.
PITHECANTHROPUS ERECTUS
Membawa maksud manusia kera yang mampu berjalan tegak. hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan fosil di Desa Trinil di Lembah Begawan Solo oleh E. Dubois (1890). Fosil yang ditemukan berupa rangka rahang atas, tengkorak dan tulang kaki.
PITHECANTHROPUS SOLOENSIS
Ditemukan di dua tempat berbeza oleh Von Koeningswald dan Oppernoorth di Ngandong dan Sangiran pada tahun 1931-1933. Fosil yang ditemui adalah berupa tengkorak dan juga tulang kering.
credit by :
Nur Jalwanis Bt Ahmad Jalani
Pelajar Arkeologi Universiti Malaya
PITHECANTHROPUS ERECTUS
Membawa maksud manusia kera yang mampu berjalan tegak. hal ini dapat dibuktikan dengan penemuan fosil di Desa Trinil di Lembah Begawan Solo oleh E. Dubois (1890). Fosil yang ditemukan berupa rangka rahang atas, tengkorak dan tulang kaki.
PITHECANTHROPUS SOLOENSIS
Ditemukan di dua tempat berbeza oleh Von Koeningswald dan Oppernoorth di Ngandong dan Sangiran pada tahun 1931-1933. Fosil yang ditemui adalah berupa tengkorak dan juga tulang kering.
credit by :
Nur Jalwanis Bt Ahmad Jalani
Pelajar Arkeologi Universiti Malaya
No comments:
Post a Comment