PALEOLITIK DI ASIA TENGGARA ...
HOABIHN CULTURE!!!
Kebudayaan
Epi Paleolitik telah berlaku sekitar 5000 hingga 11 000 tahun yang lalu dan
lebih dikenali sebagai kebudayaan Hoabinh. Dari segi pentarikhan,
"Hoabinh" dipercayai wujud pada penghujung Kala Pleistosen dan awal
Holosen. Di Sumatra dan di Semenanjung Malaysia "Hoabinh" dikatakan
wujud tidak awal dari 10,000 tahun silam dan kekal sehingga 4,000 atau 5,000
tahun yang silam.
Kebudayaan "Hoabinh" telah digunakan untuk
merujuk kepada kebudayaan yang pertama kalinya dikenal pasti dan dijumpai di
kawasan Hoa Binh yang terletak di Utara Vietnam.. Ia merupakan satu corak
kebudayaan yang dicirikan oleh alat batu pebel yang unik dan tersebar luas di
tanah besar Asia Tenggara dari Selatan negeri China, Taiwan, Laos, Vietnam,
Thailand, Burma, Semenanjung Malaysia dan timur laut Sumatra. Kebudayaan ini
nampaknya tidak berkembang merentasi kepulauan Asia Tenggara selain dari timur
laut Sumatra. Di Semenanjung Malaysia, peninggalan kebudayaan ini banyak
ditemui di gua-gua batu kapur yang banyak terdapat di bahagian utara
Semenanjung.
Adalah
dipercayai bahawa masyarakat yang mendukung kebudayaan ini merupakan masyarakat
yang tidak punyai sebarang teknologi sama ada untuk membina rumah dan sebagainya. Jadi kehidupan mereka lebih terarah ke konsep hidup berpindah randah dan kebanyakkannya memilih gua-gua untuk dijadikan tempat tinggal. Seterusnya, jika di lihat dari aspek kegiatan ekonomi pula mereka akan memungut hasil hutan yang boleh dimakan dan
memburu binatang buas (Matthews 1966). Walau bagaimanapun di Thailand, terdapat
bukti-bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat ini sudah mulai bercucuk tanam
(Gorman 1969) tetapi diSemenanjung Malaysia bukti seperti ini belum lagi dijumpai.
Nyatakan ciri-ciri kebudayaan
Hoabinhian?
Ciri-ciri yang dominan di dalam kebudayaan
"Hoabinh" dapat dilihat berdasarkan kepada alat-alat batu pebel sebesar genggam tangan yang
direpeh pada sebahagian atau keseluruhan satu permukaan batu tersebut ataupun
kedua-dua permukaannya dan mempunyai berbagai-bagai bentuk dari hampir berbentuk segi empat, bujur dan hampir tiga segi dan ada yang berpinggang. Alat batu dwimuka
merupakan bentuk yang banyak ditemui di Semenanjung Malaysia.
Alat "Hoabinh" yang direpeh pada satu permukaan sahaja yang juga
dikenali sebagai "Sumatralith" hanya ditemui di Perak sahaja setakat
Arkeologi 777 ini. Di Gua Bintong, alat tajam yang diperbuat daripada
tulang-tulang binatang juga ditemui bersama alat "Hoabinh" ini.
Tapak-tapak yang menghasilkan alat-alat "Hoabinh" boleh dibahagikan
kepada dua iaitu gua-gua di pendalaman dan tapak-tapak terbuka di persisiran
pantai. Setakat ini tapak di persisiran pantai hanya ditemui di dua lokasi yang
agak jauh iaitu di Guar Kepah, Seberang Perai (Evans 1930) dan di Seberang
Perak berdekatan dengan Telok Anson (Adi 1983).
Cara pengebumian yang diamalkan oleh
Masyarakat “Hoabinh”.
Tinggalan manusia "Hoabinh" juga ditemui dan
biasanya mereka ditanam di dalam keadaan lutut dilentur ke dagu. Ekskavasi yang
dijalankan oleh Jabatan Muzium di Gua Cha, Kelantan menunjukkan bahawa terdapat
upacara ritual yang jelas di dalam mengkebumikan mayat mereka di mana kepala
mayat diletakkan di atas 'bantal' batu, dan pada bahagian badannya ditutupi
oleh kepingan batu ataupun 'tufa' (Adi 1985). Tinggalan makanan masyarakat
"Hoabinh" membayangkan aktiviti memburu yang efektif dan selektif. Di
Gua Cha misalnya, Sieveking telah menemui 25 longgokan tulang babi muda, dan
disamping itu juga terdapat binatang buruan yang besar seperti seladang, rusa
dan juga monyet.
Siapakah orang yang memberikan terma Hoabinhian sebagai salah satu terma arkeologi di AT yang penting.
Istilah
Hoabinhian telah diperkenalkan oleh seorang arkeologi Perancis mengambil
sempena nama Hoa Binh yang merupakan sebuah kawasan di Hanoi, Vietnam. Beliau
telah banyak menjalankan kajian arkeologi di gua-gua batu kapur di kawasan ini.
Selain itu, beliau juga telah dapat menemui banyak alat pebel yang direpeh pada
sebelah permukaan sahaja dan di dalam lapisan ini tiada tembikar. Maka, Coloni
telah mencadangkan dalam Kongres Ahli Arkeologi Timur Jauh pada 1932, bahawa
Mesolitik atau Hoabinhian ialah satu kebudayaan pemburu dan pemungut sejak itu,
Hoabinh telah diterima pakai sebagai satu kebudayaan yang telah berlangsung
pada sekitar 12,000-5000 tahun yang lalu.
Perbandingan antara alat batu paleolitik dengan alat batu hoabinhian
- HOABINHIAN
Hoabinhian macro-tools:
a,b) chopper
c, d, e, h) split pebble tools
(c, e, h: scraper and
d: distal denticulated
f) lateral chopper
g) uniface or sumatralith
(Drawing by H. Forestier (www.sciencedirect.com)
- ZAMAN PALEOLITIK
Sekian Terima Kasih...
"...Ilmu adalah yang bermanfaat bukan hanya dihafalkan....."
-imam syafie-
credit by:
Nur Jalwanis Bt Ahmad Jalani
Pelajar Jurusan Sejarah Dalam Pengkhususan Arkeologi
Universiti Malaya.
No comments:
Post a Comment