Thursday, April 4, 2019


PALEOLITIK DI ASIA TENGGARA ...

                  Image result for gambaran kehidupan masyarakat hoabinian

HOABIHN CULTURE!!!
Kebudayaan Epi Paleolitik telah berlaku sekitar 5000 hingga 11 000 tahun yang lalu dan lebih dikenali sebagai kebudayaan Hoabinh. Dari segi pentarikhan, "Hoabinh" dipercayai wujud pada penghujung Kala Pleistosen dan awal Holosen. Di Sumatra dan di Semenanjung Malaysia "Hoabinh" dikatakan wujud tidak awal dari 10,000 tahun silam dan kekal sehingga 4,000 atau 5,000 tahun yang silam.
Kebudayaan "Hoabinh" telah digunakan untuk merujuk kepada kebudayaan yang pertama kalinya dikenal pasti dan dijumpai di kawasan Hoa Binh yang terletak di Utara Vietnam.. Ia merupakan satu corak kebudayaan yang dicirikan oleh alat batu pebel yang unik dan tersebar luas di tanah besar Asia Tenggara dari Selatan negeri China, Taiwan, Laos, Vietnam, Thailand, Burma, Semenanjung Malaysia dan timur laut Sumatra. Kebudayaan ini nampaknya tidak berkembang merentasi kepulauan Asia Tenggara selain dari timur laut Sumatra. Di Semenanjung Malaysia, peninggalan kebudayaan ini banyak ditemui di gua-gua batu kapur yang banyak terdapat di bahagian utara Semenanjung.

Bagaimanakah manusia Hoabinhian menjalani kehidupan?
 Adalah dipercayai bahawa masyarakat yang mendukung kebudayaan ini merupakan masyarakat yang tidak punyai sebarang teknologi sama ada untuk membina rumah dan sebagainya. Jadi kehidupan mereka lebih terarah ke konsep hidup berpindah randah dan kebanyakkannya memilih gua-gua untuk dijadikan tempat tinggal. Seterusnya, jika di lihat dari aspek kegiatan ekonomi pula  mereka akan memungut hasil hutan yang boleh dimakan dan memburu binatang buas (Matthews 1966). Walau bagaimanapun di Thailand, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat ini sudah mulai bercucuk tanam (Gorman 1969) tetapi diSemenanjung Malaysia bukti seperti  ini belum lagi dijumpai.

Nyatakan ciri-ciri kebudayaan Hoabinhian?
Ciri-ciri yang dominan di dalam kebudayaan "Hoabinh" dapat dilihat berdasarkan kepada alat-alat batu pebel sebesar genggam tangan yang direpeh pada sebahagian atau keseluruhan satu permukaan batu tersebut ataupun kedua-dua permukaannya dan mempunyai berbagai-bagai bentuk dari hampir berbentuk segi empat, bujur dan hampir tiga segi dan ada yang berpinggang. Alat batu dwimuka merupakan bentuk yang banyak ditemui di Semenanjung Malaysia. Alat "Hoabinh" yang direpeh pada satu permukaan sahaja yang juga dikenali sebagai "Sumatralith" hanya ditemui di Perak sahaja setakat Arkeologi 777 ini. Di Gua Bintong, alat tajam yang diperbuat daripada tulang-tulang binatang juga ditemui bersama alat "Hoabinh" ini. Tapak-tapak yang menghasilkan alat-alat "Hoabinh" boleh dibahagikan kepada dua iaitu gua-gua di pendalaman dan tapak-tapak terbuka di persisiran pantai. Setakat ini tapak di persisiran pantai hanya ditemui di dua lokasi yang agak jauh iaitu di Guar Kepah, Seberang Perai (Evans 1930) dan di Seberang Perak berdekatan dengan Telok Anson (Adi 1983).

Cara pengebumian yang diamalkan oleh Masyarakat “Hoabinh”.
Tinggalan manusia "Hoabinh" juga ditemui dan biasanya mereka ditanam di dalam keadaan lutut dilentur ke dagu. Ekskavasi yang dijalankan oleh Jabatan Muzium di Gua Cha, Kelantan menunjukkan bahawa terdapat upacara ritual yang jelas di dalam mengkebumikan mayat mereka di mana kepala mayat diletakkan di atas 'bantal' batu, dan pada bahagian badannya ditutupi oleh kepingan batu ataupun 'tufa' (Adi 1985). Tinggalan makanan masyarakat "Hoabinh" membayangkan aktiviti memburu yang efektif dan selektif. Di Gua Cha misalnya, Sieveking telah menemui 25 longgokan tulang babi muda, dan disamping itu juga terdapat binatang buruan yang besar seperti seladang, rusa dan juga monyet.
                        
             Image result for cara pengebumian masyarakat hoabinh




Siapakah orang yang memberikan terma Hoabinhian sebagai salah satu terma arkeologi di AT yang penting.
     Istilah Hoabinhian telah diperkenalkan oleh seorang arkeologi Perancis mengambil sempena nama Hoa Binh yang merupakan sebuah kawasan di Hanoi, Vietnam. Beliau telah banyak menjalankan kajian arkeologi di gua-gua batu kapur di kawasan ini. Selain itu, beliau juga telah dapat menemui banyak alat pebel yang direpeh pada sebelah permukaan sahaja dan di dalam lapisan ini tiada tembikar. Maka, Coloni telah mencadangkan dalam Kongres Ahli Arkeologi Timur Jauh pada 1932, bahawa Mesolitik atau Hoabinhian ialah satu kebudayaan pemburu dan pemungut sejak itu, Hoabinh telah diterima pakai sebagai satu kebudayaan yang telah berlangsung pada sekitar 12,000-5000 tahun yang lalu. 


Perbandingan antara alat batu paleolitik dengan alat batu hoabinhian 
      
  • HOABINHIAN                                       

         Image result for alat batu zaman hoabinhian
Hoabinhian macro-tools: 
a,b) chopper
 c, d, e, h) split pebble tools 
(c, e, h: scraper and 
d: distal denticulated 
f) lateral chopper
g) uniface or sumatralith
(Drawing by H. Forestier (www.sciencedirect.com)

  • ZAMAN PALEOLITIK 

                       Image result for alat batu zaman paleolitik



Sekian Terima Kasih...
"...Ilmu adalah yang bermanfaat bukan hanya dihafalkan....."
                                                               -imam syafie-




credit by: 
Nur Jalwanis Bt Ahmad Jalani
Pelajar Jurusan Sejarah Dalam Pengkhususan Arkeologi 
Universiti Malaya.









PALEOLITIK DI ASIA TENGGARA ...                    H OABIHN CULTURE!!! Kebudayaan Epi Paleolitik telah berlaku sekitar 5000 hing...